Stay sTr0ng . Stay p0siTivE . kEep sTudyIng

Wednesday, December 8, 2010

JAWATAN KOSONG!!!!


Kekosongan jawatan :
a. ahli syurga dari awal.
b. ahli neraka dari awal .
c. ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk lumayan A)
1. Nikmat kubur .
2. Perlindungan  di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan meniti Titian Sirat . 
4. Syurga yang kekal abadi .
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung , bermula dari saat membaca iklan ini .
LOKASI TEMUDUGA:
Di alam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
  • Anda tidak perlu bawa sijil.
  • Anda tidak perlu bawa pingat.
  • Anda tidak perlu bawa wang / harta (yang banyak).
  • Anda tidak perlu berparas rupa cantik , hensem atau berbadan tegap / seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL TEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa kitab anda?
5.Dimana kiblat anda?
6.Siapa saudara anda?
CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk anda. 
Ia akan menjemput anda bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang yang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail . 
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hassan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal , yang bermaksud begini : Saba Rasulullah S.A.W :"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya , sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu .
Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang dilakukannya ketika hidup di dunia akan diletakkan di kepala nya , puasanya diletakkan disebelah kanan , zakatnya diletakkan disebelah kiri dan amalan kebajikan daripada sedekah , silaturrahim , perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung kakinya . "
Dia akan didatangi malaikat dari aras kepala , maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan , maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada  jalan masuk .
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri , maka zakat berkata padanya : dari arasku tidak ada jalan masuk . Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikannya :dibahagianku tidak ada jalan masuk. 
Maka malaikat berkata kepadanya : duduklah kamu . Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya ; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya ? 
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar , aku hendak solat .Maka berkata malaikat : sesungguhnya engkau akan menggerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya;dan bagaimana penyaksian kamu padanya ?
Maka berkata ,mayat itu : laki-laki itulah Nabi Muhammad S.A.W DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI Muhammad itu ialah pesuruh Allah S.W.T yang membawa kebenaran daripada Allah S.W.T.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan diakhirat . Insya Allah ...
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu telah berada didalamnya . 
Maka bertambah gembira mayat itu .Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya .
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala , kanan , kiri dan hujung kaki ).
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini ... n_n

No comments:

Post a Comment

no copy no paste